CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 10, 2009

Pengenalan


Nama Felda Mata Air diambil daripada sebuah lubang besar yang wujud dikaki sebuah bukit yang bernama Bukit Mata Air. Mata air yang wujud ini datang daripada sebuah gua dan ditakung airnya serta dibersihkan oleh Jabatan Bekalan Air Negeri untuk dibekalkan kepada seluruh penduduk tempatan dan persekitarannya. Walaubagaimanapun, pengambilan air dari kawasan ini telah diberhentikan sejak tahun 1992 kerana kawasan ini telah menjadi kawasan larangan yang dikawal sepenuhnya oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kawasan ini tidak boleh dimasuki oleh orang awam, dimana ia terletak didalam kawasan keselamatan yang bersempadan dengan negara Thailand.

Felda Mata Air terletak di utara Negeri Perlis, kedudukannya bersempadan dengan Negara Thailand. Jarak daripada Felda Mata Air ke Kangar ialah 38 km dan jarak ke Padang Besar ialah 7 km.

0 comments: